Dadah jenis Opiat

OPIAT
Juga dikenali Sebagai Narkotik.
Jenis - jenis dadah seperti di bawah adalah dikategorikan sebagai Narkotik.
  • CANDU
  • MORFIN
  • HEROIN
  • KODEIN

C A N D U

Candu ialah cairan berupa susu yang kering yang diperolehi daripada torehan buah popi yang belum masak.
Ia berupa tar yang mempunyai bau dan rasa yang pahit.
Ia dimasak dengan air hingga berubah warnanya dan menjadi coklat kehitaman dan dikenali sebagai candu masak.
Bahan kimia Narkotik yang terdapat di dalam candu Heroin, Morfin dan Kodein
Pokok popi ditanam di kawasan Golden Triangle (Myanmar, Thailand, Laos, Cina) Golden Crescent (Afghanistan, Pakistan, Iran) dan Emerald Triangle (Maxico, Colombia, Peru). Selain dari kawasan ini, popi juga ditanam di India, Turki, Guatemala dan Australia. Methadon dan Pathidine juga tergolong dalam jenis Narkotik dan ia adalah sintetik buatan manusia.


Menuai Candu                                Pokok Popi

Apa itu dadah



DADAH.

Apa itu DADAH
Dadah ialah sebarang bahan samada asli atau tiruan yang    
boleh mengubah cara bekerja badan dan otak kita.

KESAN JANGKA PANJANG PENAGIHAN DADAH
  • Sindrom  Motivasi
  • Tidak berminat dalam sebarang aktiviti
  • Prestasi kerja / ke sekolah merosot
  • Fungsi ingatan lembap
  • Kesan Fizikal
  • Kerosakan fizikal saraf otak
  • Kemungkinan kemandulan
  • Penyakit – HIV/AIDS, Hepatitis, Kanser
  • Jangka hayat hidup pendek

PENGESANAN PENAGIH DADAH
  • Pengesanan Awal Melalui Tingkah Laku
  • Disyaki & Ujian  Saringan Quick Test
  • Pengesahan Melalui: Pengesanan Makmal - Ujian Urin
    Dianosa Klinikal : Permehatiaan Gejala dan Tingkahlaku Penagihan
    Ujian Makmal Sebagai Sokongan

TEMPOH METABOLIK DIKESAN DALAM URIN
JENIS DADAH
URIN DIKESAN
Heroin/Morfin
3-4 hari
Kodien
3-4 hari
Kanabis
5-36 hari
Methamfetamin
2-4 hari
Kokain
2-4 hari
Barbiturat
1-21 hari