Dadah jenis Depresen

Ganja, Hashish, Sedatif Hipnotik jenis Barbiturat, Tranquilizer

POKOK GANJA

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua bentuk dadah yang diperolehi daripada pokok Genus Kanabis atau Ganja. Pokok ini ditanam untuk mendapatkan dadah. Ia juga didapati tumbuh liar di kawasan beriklim panas di Afrika, Mexico, Asia dan Timur Tengah
Ganja didapati daripada bunga dan daun pokok India Hempcannabis Sativa.  Ganja mengandungi lebih daripada 400 jenis bahan kimia. Bahan kimia yang mengkhayalkan ialah THC (Delta 9 Tetrahydrocannabinol). THC merupakan bahan psikoaktif yang utama. 30 hingga 50 THC berada dalam tubuh selama 7 hari selepas menghisap sebatang rokok ganja.
Kekuatan sesuatu bentuk dadah Kanabis bergantung pada kandungan THC. THC ialah Delta 9 Tetrahydrocannabinol. Kanabis terbahagi kepada tiga jenis iaitu Kanabis Herba (Ganja, Marijuana/Grass/Pot/ Wed, Bhang, Kif, Takrouri, Dagga). Resin Getah Kanabis (Hashish Charas) dan Minyak Hashish.

S E R B U K  G A N J A
Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga. Pokok kanabis yang dikeringkan dan kadangkala dijadikan blok atau bentuk ‘sate’. Ia menyerupai tembakau, tetapi lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah di antara 0.25% hingga 8%

FIELD  ENTERPRISE # 23  8977 # HAKCIPTA TERPELIHARA

H A R S H I S H
Resin/getah Kanabis atau Hashish ialah getah pucuk bunga Kanabis yang dikumpul, dikeringkan atau dibakar dan kemudiannya dijadikan blok serbuk. Kadangkala ia dicampurkan dengan lilin. Warna Hashish berbeza iaitu dari warna coklat muda ke warna hijau, coklat tua atau hitam. Kandungan THC adalah antara 4% hingga 12 %.

FIELD  ENTERPRISE # 23  8977 # HAKCIPTA TERPELIHARA

T R A N Q U I L I Z E R
Depresen amat penting dalam bidang perubatan. Ia digolongkan sebagai dadah apabila disalahgunakan. Bahan Deppressant ini dapat dikelaskan seperti berikut: Sedatif-Hipnotik Tranquilizer

FIELD  ENTERPRISE # 23  8977 # HAKCIPTA TERPELIHARA

TRANQUILIZER JENIS BENZODIAZEPINE
Dalam tahun 1957, Benzodiazepine buat kali pertama digunakan di Amerika Syarikat dengan nama Chlodiazepoxide. Benzodiazepine dipasarkan  dengan nama librium dalam tahun 1960 dan diikuti oleh Diazepam  (Valium) dalam tahun 1963. Beribu-ribu jenis Benzodiazepine telah digunakan, tetapi sekarang hanya 25 jenis sahaja yang biasa digunakan secara klinikal diseluruh dunia.

FIELD  ENTERPRISE # 23  8977 # HAKCIPTA TERPELIHARA

B A R B I T U R A T
Asid Barbiturat mula dikeluarkan dalam tahun 1963 oleh Von Baeyer di Jerman. Barbiturat merupakan Sedatif-Hipnotik yang paling banyak digunakan. Dalam tahun 1968 sahaja bilangan preskripsi di United Kingdom meningkat sehingga berpuluh-puluh juta. Ini menyebabkan ramai golongan remaja menyalahgunakannya.
Terdapat sebanyak 2,500 jenis Sedatif-Hipnotik barbiturat. Daripada jumlah itu hanya 50 jenis sahaja yang diluluskan untuk kegunaan perubatan. Pada masa ini, hanya 12 jenis sahaja yang digunakan secara meluas.

FIELD  ENTERPRISE # 23  8977 # HAKCIPTA TERPELIHARA

D I A Z E P A M
Diazepam dan chlodiazepoxide digunakan untuk mengurangkan ketengangan perasaan dan kebimbangan pesakit. Diazepam juga digunakan untuk merawat penyakit sawan.

FIELD  ENTERPRISE # 23  8977 # HAKCIPTA TERPELIHARA

KESAN DEPRESEN
  • Depresi penafasan
  • Khayal
  • Peluh berlebihan
  • Pengecilan anak mata
  • Cepat marah
  • Jalan tak terkawal
  • Pergantungan
  • Tolerans
  • Dos berlebihan - Penafasan terhenti, koma atau maut
  • Kesan kronik bila berhenti segera - Membawa maut jika penagih berpenyakit darah tinggi,kencing manis,lemah jantung
Gejala Tarikan dan Kesan Kronik Drug Depresan
  • Keresahan
  • loya dan muntah
  • mata, hidung berair
  • Insomnia
  • Meremang buluroma
Kesan Kronik
  • Bahaya campuran jenis drug atau lebih dos kesan maut
  • Risiko jangkitan AIDS dan Hepatitis
  • Maut