Pengenalan PPDa



LATAR BELAKANG

Pada 28 Februari 1893, Jawatankuasa kabiet Anti Dadah telah mengistiharkan     "DADAH MUSUH UTAMA NEGARA". Dalam hal ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah (PPDa) di sekolah. sasaran utama program ialah kepada murid, guru , kakitangan sekolah dan ibu bapa.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara sepadu melalui empat strategi utama, iaitu
Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.

MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran " SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012"

OBJEKTIF
  • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
  • Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
  • Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dalam usaha mencegah dadah.